BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 25, 2010

KOTA ISKANDAR: Kerajaan negeri akan mewujudkan klinik 1Malaysia di kawasan bandar bagi menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk terutamanya golongan kurang berkemampuan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri, Dr Robia Kosai, berkata selaras dengan pendekatan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, akses masyarakat bandar untuk mendapatkan rawatan ringan dapat ditingkatkan.

“Lima lokasi telah dikenal pasti, iaitu tiga di Johor Bahru, satu di Kulaijaya dan satu di Kluang,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (Adun) Panti, Dato’ Baderi Dasuki, pada Sidang Dewan Undangan Negeri, di sini, semalam.

Katanya lagi, kesemua klinik yang dijangka beroperasi awal tahun depan itu akan oleh dikendalikan penolong pegawai perubatan dan jururawat terlatih.

“Selain itu, ia turut menyediakan perkhidmatan susulan rawatan penyakit kronik, perkhidmatan makmal, pendispensan ubat, khidmat nasihat dan menstabilkan pesakit sebelum dirujuk ke hospital,” katanya.

Jelasnya, penubuhan klinik-klinik itu secara tidak langsung akan membantu mengurangkan kesesakan klinik kesihatan di kawasan bandar yang berlaku pada masa ini di samping memberikan perkhidmatan perubatan yang lebih cekap.

1 comments:

jamuna rani said...

HYE...........topik yang di bincangkan diatas adalah berkaitan dgn klinik satu malaysia yang ditubuhkan baru baru ini..............