Thursday, March 11, 2010
Monday, March 1, 2010
ict dan gagasan satu malaysia
Gagasan 1Malaysia merupakan konsep unik yang perlu diterima oleh semua pihak di negara sebagai lambang komitmen dan usaha oleh rakyat demi mencpai yang terbaik untuk negara. Perdana Menteri berkata ia sangat berbeza dengan konsep satu negara yang diamalkan di negara lain yang mengutamakan keadilan sosial buat semua kaum dan penduduknya. simbol 1Malaysia merupakan jenama hebat yang perlu disayangi oleh rakyat. simbol itu sangat unik kerana menggunakan nombor satu yang dimasukkan dengan bendera Malaysia.
Bagi menyemarakkan lagi kempen gagasan 1Malaysia kerajaan perlu memperbanyakkan aktiviti yang boleh melibatkan pelbagai kaum seperti kebudayaan dan permainan untuk dilaksanakan disetiap peringkat masyarakat 1Malaysia. Pemimpin perlu turun padang melihat sendiri permasalahan rakyat setiap kaum tanpa mementingkan status pemimpin itu sendiri. Dengan itu semua agensi kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih daripada sekarang dalam mewujudkan perpaduan kaum.
Posted by jamuna rani at 5:02 AM 0 comments
Monday, January 25, 2010
GAGASAN SATU MALAYSIA
GAGASAN SatuMalaysia diharap mampu menyatupadukan rakyat pelbagai kaum dan agama dalam merealisasikan usaha negara memperkukuhkan jati diri kenegaraan dan melahirkan bangsa Malaysia yang berjaya. BAGAIKAN satu kebetulan, Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri ketika sentimen dan gelombang politik negara yang sama turut menguji ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein. Tun Razak menjadi Perdana Menteri pada September 1970 ketika negara masih dibayangi peristiwa 13 Mei 1969. Sentimen perkauman yang diapi-apikan oleh segelintir...
Posted by jamuna rani at 11:47 AM 0 comments
KOTA ISKANDAR: Kerajaan negeri akan mewujudkan klinik 1Malaysia di kawasan bandar bagi menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk terutamanya golongan kurang berkemampuan.
“Lima lokasi telah dikenal pasti, iaitu tiga di Johor Bahru, satu di Kulaijaya dan satu di Kluang,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (Adun) Panti, Dato’ Baderi Dasuki, pada Sidang Dewan Undangan Negeri, di sini, semalam.
Katanya lagi, kesemua klinik yang dijangka beroperasi awal tahun depan itu akan oleh dikendalikan penolong pegawai perubatan dan jururawat terlatih.
“Selain itu, ia turut menyediakan perkhidmatan susulan rawatan penyakit kronik, perkhidmatan makmal, pendispensan ubat, khidmat nasihat dan menstabilkan pesakit sebelum dirujuk ke hospital,” katanya.
Jelasnya, penubuhan klinik-klinik itu secara tidak langsung akan membantu mengurangkan kesesakan klinik kesihatan di kawasan bandar yang berlaku pada masa ini di samping memberikan perkhidmatan perubatan yang lebih cekap.
Posted by jamuna rani at 11:41 AM 1 comments
the one malaysia concept
A NATIONAL CONSULTATIVE COUNCIL OF RELIGIOUS HARMONY |
Kuala Lumpur – 11 January 2010 - Yayasan 1Malaysia proposes the establishment of a National Consultative Council on Religious Harmony--- Majlis Perundingan Nasional tentang Keharmonian Ugama--- which will deliberate on all critical issues in inter-faith relations in the country and suggest remedies for the consideration of the Cabinet and Parliament. |
Posted by jamuna rani at 11:33 AM 2 comments